Aku pernah berjanji dengan diri aku sendiri sewaktu masuk ke alam menengah atas.
Aku ingin menjadi inspirasi.
Macam over kan? Tetapi itulah hakikat hati si H ini.

Ceritanya begini.
Sewaktu sekolah dulu, aku dapati ramai sahaja rakan-rakan, senior yang bijak pandai namun itu tidak cukup bagi aku. Aku masih belum berpuas hati. Aku ingin mencari bijak pandai yang membawa Islam dalam diri mereka. Ada je sebenarnya namun kurang. Aku sedih sebab aku tak nak orang fikir bahawa yang konon alim itu berada di ceruk masjid sahaja. Mereka perlu tahu bahawa umat Islam itu sepatutnya hebat dalam semua aspek baik akademik, jasmani dan kerohanian. Umat Islam perlu menjadi inspirasi dan itulah yang aku inginkan bagi diri aku sendiri. Tak perlulah orang menyanjung tinggi, menabur pujian atau menganugerahkan piala dan sebagainya. Cukuplah terdetik di hati seseorang, 'aku ingin menjadi lebih baik daripada dia, intelektual, jasmani dan ISLAMnya'.

Berjaya atau tidak aku tak pasti sebab iman aku ni pun masih berlubang-lubang, akademik pun entah ke mana, sukan? Wallahu'alam. Hehe.
Sekurang-kurangnya, aku berniat nak buat bakti kecil kepada umat Islam dengan menjadi inspirasi. Sebab inspirasi boleh melahirkan insan yang hebat. Kalau bukan aku, insyaAllah ramai lagi yang layak menjadi inspirasi kan?

Namun begitu, jangan salah anggap kerana inspirasi terbaik sebenarnya adalah para sahabat Rasulullah
No comments:
Post a Comment