Rasa macam agak terlambat tahu berbanding kawan lain tetapi aku nak cerita juga.
Cikgu Aziz, cikgu matematik tambahan aku akan berpindah sekolah.
Alhamdulillah, tahniah cikgu sebab dapat juga capai harapan cikgu tu tetapi kami nak bersedih juga. Takut tak berkesempatan nak berjumpa cikgu lagi sebab berkhidmat di sekolah lain.
Terima kasih cikgu sebab banyak membantu saya dan rakan-rakan.
Terima kasih cikgu sebab sabar mengajar kami yang merangkak-rangkak belajar addmath.
Terima kasih cikgu sebab murah hati selalu belanja kami.
Terima kasih cikgu untuk banyak lagi.

Cikgu banyak tolong aku sebenarnya. Dari seorang yang mendapat C dalam addmath sehingga mendapat A+ dalam SPM. Lagi hebat, cikgu berjaya membuatkan aku minat Addmath. Hebat lagi, minat tu memberanikan aku masuk bidang ala-ala kejuruteraan (for now and ever, insyaAllah). Cikgu inilah yang concern bila nampak aku menangis walaupun aku menangis sebab hal lain. Cikgu inilah yang selalu tanya, 'H okay? Boleh buat?' setiap kali kelas addmath.
Cikgu inilah yang bantu aku yakin menjawab addmath (dengan izin Allah) dengan kata-katanya, 'H boleh buat dah ni. Boleh ajar kawan-kawan'
Cikgu inilah yang bantu aku yakin menjawab addmath (dengan izin Allah) dengan kata-katanya, 'H boleh buat dah ni. Boleh ajar kawan-kawan'
Semoga cikgu dan keluarga dilimpahi dengan rahmat Allah :)
Ini bukan teks emosi, ini teks penghargaan.
No comments:
Post a Comment