Saturday, May 2, 2015

Pilihan dan Firasat Ibu

Ish, aku sedih lah. Aku terharu.
Aku sedang dalam kecelaruan untuk membuat keputusan. Tiba-tiba,  datanglah seorang rakan memberi aku bantuan. Aku bersyukur kerana aku diberi panduan untuk membimbing naluri hati aku, dia berikan aku link kepada blog budak tomato, entry : pilihan.
Ya Allah, aku rasa malu sebab aku juga pernah menghadapi perkara yang sama satu masa dahulu. Aku malu sebab aku boleh lupa nikmat kesedaran yang Allah kurniakan kepada aku. Beza cerita aku daripada budak tomato ialah aku bukanlah dalam masalah membuat pilihan perjalanan akademik dan kerjaya aku.
I am a planner, or maybe, I just thought I would like to be one. Ini cerita lama. Ceritanya, cuti sekolah hampir tiba jadi aku sudah siap-siap merancang masa cuti aku. Usai hari persekolahan terakhir, aku memang enjoy sakan cuti macam entah apa-apa. Tiba-tiba ummi aku kata ummi nak hantar aku ke kem untuk membina jati diri Islam aku. Bukan aku tak suka, cuma hati ini memang menghentak seribu, rebel dengan alasan ummi tak beritahu awal tentang perkara tersebut. Tuhan sahaja tahu betapa kerasnya hati aku waktu itu. Syukur juga, akhirnya aku akur meski hati tak sudi hanya sebab ummi. Sebab ummi.
Aku pergi dengan hati yang tawar dan kosong. Entah apa yang aku buat sepanjang program itu. I think I just looked forward to have new friends, eeee, teruk, mengaibkan. Bukannya nak mencari redha Allah, astaghfirullah. Niat aku yang tidak bermotif itu berterusan sehingga satu malam ini, para peserta kem dibahagikan dalam kumpulan untuk sesi usrah. Seperti biasa, dimulakan dengan pembukaan majlis, taaruf dan seterusnya kami diminta menceritakan pendapat kami tentang kehadiran kami di program tersebut. Waktu itu, hati aku meluahkan semua isi yang terkandung, aku menangis. Merepek tetapi aku bersyukur. "H perlu tahu bahawa ummi H dah cuba berikan yang terbaik bagi H. Ibu ada firasat yang kuat terhadap anak-anak mereka. Syukur, peluang yang Allah beri H untuk berada bersama kami hari ini pasti dalam perancangannya yang rapi." Lebih kurang beginilah mesej yang aku dapat daripada kata-kata ibu yang mengetuai usrah itu. Ayatnya mungkin biasa sahaja tetapi ia menusuk ke dalam hati aku, mungkin kata-kata itu yang aku tunggu selama ini. Baru aku sedar yang aku tidak berharap sepenuhnya kepada Allah, aku leka. Aku juga bersyukur dengan pilihan ummi aku.
Alhamdulillah, berkat ilmu yang Allah sampaikan kepada aku melalui orang-orang di sekeliling aku, aku masih mendaki gunung kebaikan, ingin mencapai redhanya meski seringkali terjatuh.
Sekarang, aku hadapi situasi yang sama seperti yang pernah dialami budak tomato. Aku masih menunggu petunjuk Allah dan firasat hati ibuku. Insha Allah.
Doakan aku menjadi jurutera yang solehah andai itu yang membawa aku lebih dekat kepada Allah. Insha Allah.

No comments:

Post a Comment