Wednesday, September 2, 2015

Penat. Apa Kata Hati?

Sesak, aku tercungap-cungap bernafas dalam kesesakan hidup.
Hidup yang tak pasti pengakhirannya namun perjalanan aku sudah nampak likunya.
Aku lemah, lesu, penat,
Aku tahu semua membawa maksud yang sama tapi aku cuma nak sampaikan yang aku memang penat.
Penat kerana terhimpit dengan tanggungjawab.
Dalam penat itu, aku cuba luangkan sedikit masa untuk mengenal tuhan. Sangat sedikit berbanding masaku untuk dunia tapi fikirku waktu tu asal ada.
Aku capai Al-Quran. Aku baca kalimah suci berserta tafsirnya.
Amalan membaca tafsir ni abah yang ajak amalkan sebab dulu aku selalu minta abah beli novel setiap kali balik dari asrama, setiap kali tu juga abah tanya, 'tafsir dah khatam? Nanti Allah tanya, kenapa buku novel boleh baca, tafsir al-quran tak baca-baca?'
Waktu tu memang pehhh, sentap tapi biasalah anak muda macam kita...ignore....
Jadi, mental dan fizikal yang lemah longlai tadi aku paksa sebab aku percaya kalau kita taat kepada Allah, pasti Allah sayang.
Kalau Allah sayang, pasti Allah bantu.
Pendek kata, aku sedang mencari hikmah.
Aku selak tafsir al-Quran satu persatu.
Level pemahaman aku rendah je la. Yang faham, faham, yang tak faham, jangan buat buat faham.
Yang pasti, effort tu hah. Konon.
Ayat-ayat al-quran memang sangat indah.
Dalam Al-quran terkandung banyak kisah. Kadang aku rasa macam membaca buku cerita.
Waktu tu, aku yang sedih tak keruan boleh tersenyum membacanya tafsiran kalam Allah. Bukan kelakar ke apa, pernah tak hati kau rasa nak melonjak bila dengar berita gembira? Macam itu lah kut. Tanpa sedar, hati aku dah terubat ...
Saat ini baru aku sedar,
Mungkin hati kita yang dah terlalu banyak penyakit kan?
Mungkin aku yang jarang ambil 'ubat' atau 'ubat' aku selama ini yang kurang efficient.
Hm.

Semoga kita istiqamah mengenal Allah. InsyaAllah.

Sayang selalu,
Hanin.
Penat. Tak tipu.

Btw, jawapan kepada tajuk. Hati kata "aku sakit".

No comments:

Post a Comment