Wednesday, January 7, 2015

Penyakit Orang Zaman Ini

I found this online.
'Masa ke kedai tadi, menunggu giliran nak bayar barang.
 Tiba-tiba pakcik di depan saya tunduk dan cepat-cepat pandang tempat lain lepas saya tengok cashier(perempuan) & packer (lelaki). 
Ingatkan apa yang lawak, rupa-rupanya mereka ketawa sebab nak kira duit RM1 yang berlipat-lipat dan berkeremot.. 
Kat mesin tu saya jeling jumlahnya RM42.00.. sambil ketawa lagi mereka cakap nak bertukar giliran kira duit tu takut tak cukup. 
Kasihan saya lihat pakcik tu, dia membeli barang dapur dan saya rasa mungkin dia bukan orang berada. 
Saya langsung tak ketawa atau senyum sinis sebab suatu ketika dulu saya sendiri pun pernah membeli barang menggunakan duit syiling datang jumlah yang banyak, malahan pernah disindir orang kedai lagi.. 
Adik-adik yang kerja cashier, kedai serbaneka, atau apa jua jawatan anda.. Jangan seronok mentertawakan orang. 
Datam usia 18 atau 19 tahun, Perjalaan anda masih jauh.. susah senang ke depan tak tahu. sama-sama memuhasabah diri '


Ini bukan bahan ketawa.
Ini perkara yang benar-benar berlaku zaman ini.
Sombong? Mungkin.
Aku tahu sebab orang terdekat dengan aku pernah alami perkara yang hampir sama.
Bezanya, pakaian kononnya menjelaskan kedudukan mereka.
Miskin atau kaya?
Penting sangatkah?
Kerja kita hanya melaksanakan amanah yang diberikan.
Work our best to get the bless.
Marilah kita buat kerja kerana Allah.
InsyaAllah penyakit ini dapat kita elakkan.

No comments:

Post a Comment