Thursday, January 15, 2015

Bersederhana

Aku masih melatih diri untuk bersederhana dalam kehidupan.
Aku takut kalau suatu hari nanti riak, takbur dan ujub bertakhta dalam diri aku.
Naudzubillahiminzalik.
Aku tak mahu orang mendekati aku kerana kekayaan kerana kekayaan itu bukan milik aku atau keluarga aku sekalipun. Kekayaan itu milik Allah.
Aku tak mahu orang mendekati aku kerana kecantikan kerana kecantikan itu juga sementara.
This explains why I'm trying to reveal less of myself.
Bukan sebab aku cantik sangat ke apa tetapi aku terfikir, 'What do you want people to see from this picture?'
Kalau setakat nak menunjuk aku ni cantik, tak perlu lah.
I want people to find me beautiful in person not from pictures.

Ingatkan aku untuk jauhi perbuatan riak, takbur dan ujub.
Aku sangat berharap ada orang yang dapat sentiasa memberi nasihat kepada aku andai hati aku dibolak-balik agar aku dapat kembali kepada Allah dalam keadaan yang diredhai-Nya. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment