Tuesday, December 30, 2014

Temuduga Selangkah Lagi Ke Jepun

Okay. Wafiy suruh aku share di blogger tentang temuduga ni.
Jadi, aku pun akur sebab tak ada salahnya.

Ini lah pengalaman temuduga aku.
Temuduga bermula pada pukul 8.30 pagi di Beranang jadi aku bertolak dari rumah pada pukul 7.45 pagi.

Sesampai di lokasi, kami daftar dan berkumpul dalam satu bilik.
Waktu tu aku tak nampak lagi budak-budak SESTA yang lain jadi aku pun duduk lah tepi sesiapa.
Biasanya aku ni pemalu orangnya, hiks hiks akan tetapi perkara yang orang tak tahu ialah aku ini agak peramah bila takde orang yang dikenali.
Sebab aku malu lah acah-acah friendly ni depan kawan aku.
Jadi, aku kenal lah 5 kawan baru di sana.
Siapa eh nama diaorang, umm.. fairuz, anisah, amira , afiq, afiq. Ha, afiq tu memang dua orang berbeza. Setakat tahu nama je lah pun.

Selepas taklimat, mulalah sesi temuduga..
Aku memang duduk macam bos lah konon-konon watlek watpeace apabenda entah. Hehe.
Tiba-tiba, nama aku dipanggil.....
Jeng, jeng, jeng..
Terkejut saya.
Then keluarlah 3 orang dari bilik tersebut menuju ke bilik kecil di hujung dunia.
Aku, afiq dan afiq.
Awkward lah duduk tiga orang tunggu turn depan bilik.
Kawan aku di Perak dah khabar yang interview diaorang memang masuk 3 orang sekali jadi aku pun expect mereka inilah rakan-rakan temuduga aku nanti.
Tiba-tiba masuk 2 orang sahaja, aku dan budak afiq RMC yang tinggi, tegap dan mat saleh. Ho ho ho.
Aku masuk dulu. Saja nak bagi salam dulu dekat panel. Hahaha.
Then berdiri di hadapan kerusi tunggu afiq sekali. Formal sikit kan?
Panel pun mula sesi soal menyoal ,

- why do you want to be an engineer?
-  why do you want to go to Japan?
- how did you found out about this scholarship ?
- do you really want to be in this programme?
- what is happening at the eastcoast of Malaysia? Why do you think it happened? ( ini soalan current issue )
- subject apa yang awak paling lemah antara empat subjek elektif?
- nak jawab soalan sains tak? Kalau tak dapat jawab, kami pangkah terus! Hahaha. Soalan ni aku dan rakan sebelah sepakat menggeleng dan katakan tidak kepada soalan sains!

Pada akhir temuduga aku saja tanya performance aku ketika temuduga.
Menurut panel, aku dan rakan seorang lagi ni kedua-duanya ada confidence. Alhamdulillah.
But,
But,
Confidence aku kurang sikit.

Belum aku bagitahu panel yang aku ni introvert sebenarnya!
Haha. Bajet.
Kira baiklah aku cuba mengawal sifat aku.
Aku cuba senyum dan bercakap dengan yakin!
Alhamdulillah, Allah permudahkan.

Di akhir sesi temuduga ni barulah panel yang terhormat confess,
"saya ni sebenarnya tak faham sangat bahasa inggeris ni, awak pula cakap laju sangat"
Awat tak habaq dari mula?
Apapun, terima kasih panel kerana menemuduga saya.

Selesai sesi temuduga, aku keluar dan berjalan dengan bangga sebab orang pertama yang habis sesi temuduga. Yayy!

2 comments:

  1. Ujian bertulis x de ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada ujian bertulis untuk tahun 2014. Ujian berubah mengikut perancangan pihak MARA sendiri.

      Delete