Wednesday, July 3, 2013

Pandang Pada Kelemahan Diri, Bukan Pada Kekurangan Yang Allah Beri

Bismillahirrahmanirrahim.
Buat diri yang sering lupa ini,

 Kadang-kadang kita terfikir,
 Kenapa time-time ni nak kena sakit?
 Kenapa muka dah tak elok macam dulu?

Fikirlah, tenunglah kembali apa yang kita telah katakan. Wajarkah? Cuba tanya balik diri sendiri.

Kenapa sakit ya? Mungkin ini ujian dari Allah. Sakit penghapus dosa kecil. Allah Maha Pemurah, menghapuskan dosa aku dengan begitu mudah, despite of all the sins I have done. Itu pun aku nak banyak mengadu. Ya Rabb, baru dosa kecil yang terhapus, entah lagi banyak mana dosa aku yang tinggal? Wallahu'alam. Mungkin kali ini lah Allah ingin aku sedar kembali dari dunia yang menghanyut. Ibadah sunat yang dulu aku sedaya upaya untuk istiqamah sekarang mudah sahaja aku tinggalkan. Waktu sakit inilah aku perlu mulakan kembali.  Niat aku perlu diperbetulkan , setiap sesuatu yang aku lakukan adalah kerana Allah. Sesungguhnya ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah.  Mungkin juga aku sakit kerana terlalu leka dalam memilih makanan. Kalau dulu banyak pantang larang, halal dan haram dijaga rapi. Adakah sekarang masih sama atau mungkin sengaja dipandang sebelah mata? Sedangkan Allah Maha Mengetahui. Siapa yang aku hendak tipu? Tuhan yang Maha Melihat atau diri sendiri? Sungguh bodoh.

  Kenapa wajah dah tak secantik dulu? Salah siapa? Tudinglah pada diri. Mungkin salah diri yang tidak bersyukur tatkala dikurniakan nikmat kecantikan. Mungkin juga salah akhlak yang tidak bermoral. Ingatkah apa yang kita sering baca apabila melihat cermin? 'Ya Allah, perelokkanlah akhlakku sebagaimana engkau telah memperelokkan wajahku' Wallahu'alam.

Ada hikmah disebalik apa yang Allah tetapkan. Yakin pada Allah, doa dan tawakkal agar dikurniakan segala yang terbaik untuk dunia dan diakhirat, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment