"Don't judge me! Look at you, yourself!"
Erk....okay. Mohon maaf terlebih dahulu. Niat saya bukan menilai ibadah orang. Tidak akan pernah, insyaAllah. Saya tahu hanya Allah S.W.T yang layak menilai.
Wanita yang berpakaian sempurna menutup aurat memang sangat indah dilihat. SubhanAllah. Saya sendiri masih tidak mampu sebegitu. Namun, lebih indah jika akhlaknya juga terpuji kan? Am I right?
Sebagai seorang muslim, kita perlu sentiasa cuba untuk lebih memelihara akhlak kita kerana kita tahu diri kita akan diperhatikan orang. Peribadi kita melambangkan seorang yang beragama Islam. Tidak kisah la jika saya seorang muslimah biasa pun. Bukanlah seorang pemimpin, orang yang disegani atau apa darjat sekalipun. Saya tetap seorang Islam. Saya masih perlu menunjukkan akhlak yang baik kan? Jika ada yang menegur, kita perlu cuba ubah kesalahan kita. Jika ada yang sudi, kita perlu cuba berkongsi ilmu. Please don't tell people "Who are you to judge me and my 'amal?" when people advise. Yes, they don't deserve to be the judge and jury but they care. That's why they advise.
No comments:
Post a Comment