Ibu bapa sering menabur janji dan kadang kala mereka lupa untuk melaksanakan janji tersebut. Tidak mengapa. Hal ini tidak memihak kepada mana-mana pihak kerana mungkin sahaja ibu bapa mahupun anak-anak..semuanya bersalah! Muahahaha *tiba-tiba* Okay, sebenarnya janji yang tak ditunaikan boleh mematahkan hati anak-anak... seperti.... SAYA!!
Tersebutlah sebuah hikayat seorang puteri yang tidak seberapa cantik yang menetap di sebuah bukit yang indah nian. Puteri tersebut tinggal bersama kedua orang tuanya yang dikasihi. Pada suatu hari, mereka sekeluarga pergi ke 'airport'. Ketika itu, puteri masih berumur 11 tahun dan keinginannya masih seperti kanak-kanak yang lain. Adapun si puteri terlihat bebola berwarna di dalam sebuah balang kaca dan terlalu menginginkannya. Namun, bondanya berjanji akan membelinya sepulangnya mereka ke tanah air semula. Kemudian, percutian mereka berakhir dengan kegembiraan namun si puteri masih teringatkan janji bondanya. Maka, janji dituntut namun tidak ditepati. (MALAYSIA, JANJI DITEPATI!! HOYEHH! Hahaha >.<) Setelah itu, puteri agak bersedih akan tetapi, puteri akan sentiasa menuntut janji tersebut setiap kali terjumpa bebola berwarna yang dijual. Kisah tuntutan si puteri kian pudar setelah suatu peristiwa yang tak diingini berlaku ketika dia berumur 15 tahun...
Puteri : Bonda, saya nak itu! Dulu, bonda janji nak beli kan? Dah berapa tahun berlalu, bonda..
Bonda : =.= itu dulu. Sekarang awak dah ada duit sendiri kan? Beli lah sendiri.. Muahahaha
Puteri : *terkedu* Sampai hati bonda.. Selama ini saya tunggu ,bonda ... *ambil sudu, bunuh diri x.x *
Itulah....penangan janji 'GUMBALLS'!!
Hahahaha. So, lebih kurang macam itu la kisah aku. Okay, part bunuh diri tu rekaan semata-mata. Faham tak betapa hampanya perasaan aku? Tunggu punya tunggu...akhirnya, aku kena beli sendiri. Mum kejam! Hahaha. Takde la..acah je! Lawak je ummi aku ni. Terkontang-kanting aku dibuatnya >.<
Hanya keranamu, gumballs..
No comments:
Post a Comment