Monday, December 24, 2012

Jealousy

  Aduhh, cuti ni gamaknya FB je memanjang kan? Kalau ditanya, 'Buek apo ekau online lelame tu?'.. Apa lagi? Chat je lorh.. Saya bukannya buat apa sangat pun. Kalau tak chat pun, stalk orang saja. Hehe. Sorry, sorry. Ana tahu ana bersalah kerana kuat meng'stalk' orang kan? Dan, ketahuilah anda, kerja 'mulia' ini juga boleh mengundang pelbagai perasaan kepada diri anda. Marah? Suka? Jealous? Riiiaaang ria bersama,umph..jelas terasa~ *eh,tiba-tiba masuk iklan??* okay,okay.. Faham-faham je la kan? Tatkala melihat gambar seseorang dan kemudian hati anda mula merasa kurang senang.. Hadoii, parah..parah..

'Kenapa hanin, kenapa? Ada boy yang sakitkan hati awak ke?'
'Erkk..Mende lah awak merepek ni? Janganlah salah faham! Sabar ya? Sikit je lagi cerita nak habis!'

  Eh, suspen tak cerita ni? Hahaha. Chill, chill.. Saya nak uji awak je! Rasanya kerana apa ya wahai sahabat handaiku? Betul ke saya jealous sebab seorang lelaki? Kenapa? Crush dengan perempuan lain? Bestfriend menipu awak? Betul ke ni??

  Oh, tidak.. Tidak sama sekali! Hanya kerana melihat gambar sahabat-sahabat lama saya, jawapannya. Saya jealous kerana pada pandangan saya,mereka lebih baik daripada saya. Saya cemburu kerana sahabat-sahabat saya sudah bertudung labuh dan ada di antara mereka yang kelihatan manis di bawah lindungan niqab. Bukannya saya tidak sukakan diri saya yang sekarang ini..cuma, kalau boleh.. Semua orang nak menjadi yang lebih baik kan?

'Saya masih menutup aurat walaupun tak bertudung labuh!'
Memang betul, cuma bertudung labuh lebih baik. Lagi-lagi kalau diadunkan dengan akhlak yang terpuji dan keimanan yang mantap! Memang sebati!!

ps:// jangan ada sesiapa yang salah faham ya? ^_^

No comments:

Post a Comment