Hohoho. Rumah kata pergi, sekolah kata mari! Okay, semua perasaan bermula dari teruja, gundah gulana, sedih dan gembira datang berkunjung. So, cik Hanin di sini pun seriously semangat gila bekerja siang dan malam sebagai persiapan untuk ke sekolah yang dikasihi. Eh, dikasihi ke? NO WAYY!! Sekolah yang dicintai lah! Upgrade sikit okay. Kalau tak kerana cintaku kepadamu wahai sekolah, sudah lama aku terima tawaran abah aku untuk pindah sekolah. Ohh, sedih pulak.
Lupa pulak, tadi aku ada kata yang aku berhempas pulas membuat persiapan ke sekolah kan? Cuba teka persiapan apa yang aku sibuk sangat ni? Umm.. Selain 'packing'? Teeet.....teeeet...teeet. Okay, masa tamat!! Jawapannya ialah.....*drumroll*.......membalut buku!!! Yay!! Okay, apa yang excited sangat ni kan? Mesti pelik. Hurmmm.. Okay la, bagi orang yang cukup mengenali Hanin Syaida, dia mesti dah pengsan tatkala mendengar berita ini! *cewah* eh, apa benda yang 'cewah'nya pun aku tak tahu =,=' KERANA hakikatnya, aku merupakan seorang insan yang memang tak rajin membalut. Buktinya, aku tak pernah balut hadiah (kecuali terpaksa). Kalau tak percaya, cuba tanya sesiapa yang bertuah pernah dapat hadiah daripada aku! Sehabis baik pun aku bagi dalam beg plastik yang sama waktu aku beli kalau tak, dapat lah kau hadiah dalam kotak yang kadang-kadang dah tak berupa. Eh, tapi hadiah aku bermakna tau! Ikhlas dari hati yang murni ini! Hahaha. Eh, macam terlanjur kata pulak kan? Harap maaf ya! Hanin Syaida memang kuat berceloteh di alam maya. Kalau dekat 'real life'.. Umm. Tak tahu la macam mana pulak! ^_^'
By the way, aku bukan balut buku mana pun. Buku-buku nota kecil aku je! Maklumlah, aku selalu mengatur benda dalam nota! Eh, amalkan tau! Teratur sikit hidup. Tips ikhlas daripada Hanin! Hehehe. Buku-buku teks semua aku balut guna yang 'instant' je. Kalau rasa anda 'terlalu rajin' untuk membalut buku, jangan bermimpi menggunakan pembalut buku yang 'roll' tu. Mari saya syorkan pembalut buku mudah dan murah! Saya beli jenama GIANT je! Hahaha. Okay, ini serius eh! Selain itu, *macam ayat karangan pulak ni* .. Jadi, bila buku-buku nota aku habis semua dibalut dengan cantik oleh orang yang cantik...copp! Copp! 'Orang yang cantik' tu buat-buat tak nampak okay! Tak pun sila tadahkan baldi dihadapan anda terlebih dahulu jika ingin membaca semula ayat di atas! Kita sambung balik ayat! Maka, aku pun mula mencari kerja untuk dibuat..dan...aku mula membalut buku-buku novel yang melambak di rumah ni. But, this time I did it manually! Yeah! No more instant! Inilah sejarah hidupku membalut buku-buku tanpa bantuan sesiapa!! Last time, aku balut buku sewaktu tingkatan 1! Itu pun aku tolong potong tape je, kawan yang balut! Hehehe. Eh, kawan aku baik gila tau! Dia tolong aku buat itu dan ini! Aku baru sedar dia la THE ONLY ONE yang sanggup buat semua benda untuk aku tanpa merungut walaupun aku tak pernah tolong dia sikit pun. Okay, sedih ni :'( Eh, hiraukan emosi aku yang tak menentu ni! Sorry sorry. Cuba tengok ni!! Dengan bangganya...
No comments:
Post a Comment