Suasana lengang di luar rumah.Matahari pun sudah berada tegak di atas kepala.Terdengar bunyi ketukan yang sederhana kuat dari arah pintu kayu di dapur.Aku melangkah pantas ke dapur untuk membuka pintu yang berkunci itu. "Assalamualaikum.Hai kak cik.Sorry umi jarang jenguk sekarang ni," Umi melangkah masuk ke dalam rumah, dia kelihatan tergesa-gesa. Aku pula hairan mendengar kata-kata umi.Jarang jenguk?Kenapa pula umi perlu jenguk? Kan umi tinggal bersama? Pelbagai persoalan mula bermain di fikiranku.
Aku memeluk tubuh kecil umi,melepaskan rindu yang sudah membukit.Bibir umi menguntum senyuman. Hairannya, adik-adikku seperti tidak menyedari kehadiran umi.tidak seperti selalu,adik-adikku pasti akan memeluk umi apabila umi pulang ke rumah dari kerja.Aku mengendahkan mereka,biarlah aku seorang yang memeluk umi sepuasnya kali ini.
"Bagaimana keadaan kamu dan adik-adik?" sekali lagi soalan umi membuatkan aku hairan.Kemana umi pergi selama ini?dahiku berkedut seribu."oh,kami okay je"aku menjawab selamba sedangkan aku benar-benar tidak memahami situasi ini.Umi mengangguk perlahan seraya mendengar kata-kataku.
"Bila umi nak lawat kak cik kat sekolah?" aku sengaja mengajukan soalan bagi memulakan perbualan."Insya-Allah,umi lawat kak cik" kata-kata umi seolah-olah sangat sukar bagi umi untuk melawatku. Apalah saja halangan umi untuk melawatku di asrama. Urusan kerjakah? Aku keliru dangan situasi ini.Aku cukup tidak berpuas hati. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Tanpa aku sedari,air mataku mengalir deras.
Huh! Aku mengeluh keras.Aku tersedar dari tidurku. Aku hanya bermimpi rupa-rupanya. Kelihatan sudah ramai murid lalu lalang di koridor bilik sambil menjinjit baldi kecil berisi barang mandian. Dahiku sedikit berpeluh. Aku takut dan risau dengan mimpi yang dialami tadi. Apakah sabenarnya mesej yang mahu disampaikan..?? Atau hanya mainan syaitan sahaja. Aku tak faham! Aku tidak mahu tinggal berasingan dengan ibu walau apa yang terjadi sekalipun.Aku tak mahu!! Air mataku yang mengalir aku biarkan membasahi pipi..
Kisah benar daripada Hanin-28/9
*aku terus tulis pasal mimpi ni waktu kat sekolah
*aku menangis seharian mengharapkan benda ni takkan berlaku
*tujuan aku post,waktu kecil aku percaya kalau kita cerita mimpi buruk yang dialami dekat orang, nanti mimpi tu takkan berlaku..that is what i hope
No comments:
Post a Comment