Sunday, June 21, 2015

Berhuhu Kerana Makanan

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, sudah sehari dua aku berada di bumi Amerika demi menuntut ilmu.
Syukur aku berada dalam keadaan yang baik.
Syukur aku belum berhadapan dengan cabaran yang besar.

Namun, cabaran kecil pun aku masih belum  dapat atasi. Cabaran mencari makanan halal. Jujur aku kata, aku takut kalau hati ini menjadi hitam kerana makanan. Aku takut jauh daripada agama. Naudzubillahiminzalik.

Being a freshman student, we are helped a lot by the sophomore students. Alhamdulillah, takdelah kami nak berkeliaran tak tentu hala. Apa yang paling susah ialah bab makanan. Aku tak meragui kata-kata mereka tetapi aku perlukan lebih detail. Nanti ada pula yang 'haritu declare halal, hari ni baru nak cakap yang halal cuma ikan je.'. Lepastu nak terkincit cuak freshie yang makan ayam & daging haritu. Lagipun, halal ini ada banyak 'peringkat' (bukan menurut ulama'. This is sarcasm). Musykil kan? Hahaha. Tetapi percayalah, zaman sekarang memang macam ni. Ada yang pakai taram je sumbat makanan yang penting niat betul, dah halal. Ada yang ambil makanan korsher yang aku tak pasti samada yahudi pun masih beramal dengan kitab mereka ataupun tidak. Ada yang meletakkan halal pada tempatnya. Wallahu'alam.

Yang penting aku baru je makan pizza yang orang bagi lepastu baru sedar...
'PIZZA NI HALAL KE WEH?!'

Tolong lah jangan jadi ignorant macam aku.
Tolong doakan aku dan rakan muslim yang lain menjaga amal dan iman kami.
InsyaAllah.

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Huhu

No comments:

Post a Comment