PROSES MENGENALI.
Cuba kau ambil seketul batu, kau perhatikan dan nyatakan pendapat kau tentang batu itu.
Kau mungkin akan dapati batu itu keras, tajam, warnanya kelabu keperang-perangan, 'porous', 'grain size'nya sederhana dan macam-macam lagi. Tetapi kau tak kenal batu itu sebenar-benarnya. Kau tak tahu mineral apa yang batu itu kandungi, tahap batu itu boleh menyerap dan macam-macam lagi kan? Untuk mengenali batu itu, kau pasti perlukan peralatan/equipment dari makmal.
Begitu juga kita dengan tuhan, Allah.
Jika kita ingin mengenali tuhan, perlulah ada cara dan 'alatan' yang betul untuk mengenali-Nya Yang Maha Esa.
Alatannya sudah dinyatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W, iaitu Al-Quran dan As-sunnah.
Caranya juga biar yang betul, iaitu merujuk kepada orang yang berilmu agama.
ILMU.
Tak salah kita mempelajari ilmu lain. Ilmu sains contohnya. Namun alangkah baiknya jika kita juga mempelajari al-quran dan as-sunnah. InsyaAllah, akal kita dapat membezakan antara yang sahih dan yang tidak sahih dalam sains. Yang tidak sahih itu juga bukan semestinya kita endahkan. Ilmu tetap ilmu. Ilmu yang salah hanya sebagai pengetahuan, bukan amalan. Mana tahu satu hari kita diberi peluang untuk berdakwah dengan ilmu yang kita ada tentang kefahaman orang lain. InsyaAllah.
Semoga kita dapat ambil iktibar, amalkan dan sampaikan apa yang baik kepada saudara yang lain. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment