Saturday, April 4, 2015

Little things matter

I just wish to share this.
Little things actually matters in our life.

Bukan nak kata apa, aku masih baru menjejakkan kaki ke alam universiti, belum lagi berjumpa jenis-jenis orang yang aneh. Alhamdulillah, I love almost everything here (including the busy life studying total 18 credit hours of physics, chemistry, pre-calculus and english). Somehow, something disturbs me and my mind, how some people are less aware of important little thing iaitu sebutan arab di dalam doa dan tajwid bacaan al-quran.

Kita ni dididik dan dilatih mengamalkan pembacaan al-mulk sebelum tidur (alhamdulillah, lagi-lagi sekolah asrama kan?) namun secara tak sedar kita sering melakukan kesalahan-kesalahan kecil. Contohnya, al-mulk dibaca terlalu laju tanpa penekanan tajwid. Wallahu'alam. Membaca al-mulk secara berjemaah itu satu usaha yang baik insyaAllah, tetapi lagi baik kalau kita melakukan amalan itu dengan lebih sempurna kan? Bukannya 'asal baca, jadilah' kan? Baca berjemaah tetapi laju sehingga tajwid dan bacaan ayat suci Allah menjadi kucar kacir, dengarnya macam bagus tak? Allah suka jika kita bacakan ayatnya dengan baik. InsyaAllah, kita sama-sama perbaiki bacaan al-mulk kita ya?

Seterusnya, doa katam al-quran?
Yang biasa baca lepas al-mulk tu..
Hampa sedaq tak ada yang baca tunggang terbalik doa tu?
Astaghfirullahal'azim.
Nanti ada masa kita buka mukasurat selepas akhir juzuk 30 dan lihat kembali doa tersebut ya.
Jujurlah, saya rasa ramai yang hafal doa tu tanpa pernah membacanya terus dari al-quran.
Ramai yang hafal doa berlagu dari orang ramai ?
Kebiasaannya, ada yang terbaca doa ini salah untuk perkataan :
-Tilawatahu ( ada yang tersalah dengan  menyebut 'ilawatahu' )
- Nasiina ( ada yang tersalah dengan menyebut 'nasirna' )

Semoga doa yang kita baca adalah betul dan tidak mengubah makna sebenar.

Semoga kita dapat ambil iktibar, amalkan dan sampaikan. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment