Saturday, March 14, 2015

Inspired to write : Usaha Tangga Kejayaan

Hari ini aku menjengah blog kawan aku, kawan yang sangat banyak tolong aku.

He is such an inspiration.

Salute.

Melihatnya menukilkan rahsia kejayaannya, aku pun terdetik ingin berkongsi.
Bukan rahsia kejayaan sebab aku belum berjaya tetapi ceritera hidup di sebalik apa yang orang lihat.

Percayalah, apa yang kita lihat bukan apa yang kita sangka.

Orang sangka aku bijak, alhamdulillah.
Ada pula sangka aku kurang bijak, alhamdulillah.
Orang tahu, ingin jadi bijak perlu ada usaha.
Kita semua ingin berjaya, dugaan pun berbeza, cara pun berbeza.
Begitu juga dengan aku.

Standard lah, orang anggap budak-budak kelas pertama pandai.
Aku ni setiap tahun berusaha untuk ditempatkan dalam kelas pertama, bukan untuk gelaran 'pandai' tetapi aku jenis yang mudah di'motivated' dengan persekitaran.
Biarlah walaupun aku ni sebenarnya tak layak bersama mereka, asalkan aku bersama mereka.
Konsepnya sama seperti kalau kita ingin mendalami agama, dampingilah ulama.
Kalau nak pelajari ilmu, berkawanlah dengan orang berilmu.
Sepanjang berada dalam kelas pertama, kedudukan aku tak menentu. Sekejap menaik, sekejap menurun.
Prestasi aku tak seperti rakan-rakan lain. Sedih, mestilah.
Tetapi sedih bukan alasan tak berjaya.
Dibanding itu perkara biasa.
Ditegur itu perkara biasa.
Dirotan itu tak biasa. Hehe. Tapi pernah.
Kita kena sedar yang salah itu kita mesti betulkan, yang bodoh itu kita mesti pelajari.
Abaikan emosi, fokus kepada misi dan visi.

Cara belajar pun tak sama antara kita. Kita sendiri perlu tahu kelemahan diri yang perlu diatasi.
Kelemahan bukan alasan.
Shortcomings are meant to be overcome.
Macam aku,
Kuat tidur itu masalah yang aku masih tak dapat atasi. Aku akan cuba, insyaAllah.
Aku malu bertanya, jadi aku selalu bertanya kepada rakan-rakan.
Aku tak boleh stay up, jadi aku fokus belajar waktu kelas prep.
Aku tak cepat tangkap belajar, jadi aku baca sesuatu topik berkali-kali sampai faham.
Aku tak guna buku-buku latihan tambahan, jadi aku belajar sepenuhnya berbukukan pamplets dan latihan-latihan cikgu-cikgu bagi.

Apapun, kita sebenarnya hanya perlukan Allah dalam hidup kita.
Kerana segalanya berlaku atas kehendakNya.
Niat ikhlas hanya kerana Allah. InsyaAllah.

Semoga Allah mengurniakan kita kejayaan di dunia dan di akhirat.
Amin.

No comments:

Post a Comment