"Belek punya belek, tetiba terbaca,
'org yg byk dosa susah nk bgn tahajud sbb Allah tak nak jumpa dia'
*sentap*
Allahurabbi ."
This is wrong.
Sorry.
Aku sengaja mengisi masa lapang aku dengan benda yang entah berfaedah ataupun tidak pada hari-hari cuti aku ini iaitu twitter.
Tetapi ada satu tweet yang kurang menyenangkan hati aku.
Serius.
Aku dah cuba untuk bertenang dan berfikir seketika tetapi aku memang perlu menentang perkara tersebut.
Tak, aku tak sempurna.
Aku cuma nak perbaiki persepsi yang buruk.
Aku cuma nak hakis fikiran yang..tak, bukan kolot cuma mungkin ada ilmu yang belum sampai kepada orang lain.
Biasalah tu.
Ada juga ilmu yang aku belum dapat but i'm looking forward to that.
InsyaAllah.
Semoga Allah permudahkan bagi aku, ahli keluargaku dan rakan muslimin yang lain untuk menuntut ilmu yang diredhai dan disukai Allah.
Back to the story.
Tweet ini adalah daripada seorang remaja perempuan.
Kawan aku retweet.
Aku nak direct tegur kawan aku pun rasa segan sebab dia sangat baik.
Serius, she's sooooooo kind.
Dan juga solehah.
Mungkin ada sedikit salah faham sebab tu dia retweet.
Bukan salah kawan aku.
Bukan salah sesiapa.
At least bila kawan aku retweet, aku baru sedar tentang kesilapan ini kan?
Dan bila aku usulkan dalam blog,
Andai ada yang membaca,
InsyaAllah ilmu yang baik dapat disampaikan.
Jadi, isu sensitif bagi aku pada ialah ayat 'Allah tak nak jumpa dia'.
Uhh. Umm. Aku menggeleng baca benda ni.
Aku tak setuju.
Aku yakin kepada Allah.
Aku tak pernah dengar ayat ini sepanjang hidup aku.
Ustaz, ustazah, ummi dan abah aku ajar aku betapa baiknya Allah kepada kita.
Allah Maha Pengampun.
Allah Maha Pemurah.
Allah Maha Agung.
Tidak ada sifat yang buruk pada Allah.
Jadi kenapa buruk sangka dengan Allah.
Adakah kau bangun dari tidur dan tersedar yang sudah terlambat untuk tahajud lalu kau kata,
'Allah tak nak jumpa aku,'
Syaitan?
Nafsu?
Diri sendiri?
Tak dipersalahkan?
Aku sebak menaip benda ini.
Rasa berat bagi aku.
Aku macam menempelak diri aku sebenarnya.
Sebab aku rasa tak layak.
Sebab aku banyak kesilapan.
Tetapi aku berfikir balik.
Aku perlu.
Untuk aku.
Untuk muslimin.
Sebab manusia tak sempurna kecuali kekasih Allah.
Kalau nak tunggu yang sempurna berdakwah.
Takkan ada orang yang tinggal untuk berdakwah.
Wallahu'alam.
Semoga kita dapat ambil iktibar, amalkan dan sampaikan.
InsyaAllah.
Yang baik itu daripada Allah, yang buruk itu juga daripada Allah namun bersandarkan diri saya sendiri.
*Tolong doakan aku untuk jaga tahajjud aku juga.
* bukan salah remaja perempuan itu juga. Niat dia baik, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment