Tuesday, November 26, 2013

Mengapa berblogging?

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang.
Sejujurnya, saya merupakan insan yang lemah dan berdosa. Amal tidak seberapa. Keikhlasan diri pun saya masih persoalkan. Tetapi apa yang pasti, Allah Itu Ada. Allah Maha melihat. Tidak ada pun sesuatu yang berlaku tanpa dilihatnya. Allahuakbar. Jadi, marilah terus beramal.

Post ini adalah luahan hati saya, 
Kadang-kadang, saya ada juga terfikir untuk tutup terus blog ni. Say bye bye to your blog, Hanin. Apa lah sangat yang kau buat dengan blog ni? Menunjuk? Menghebahkan kebodohan kau? Apa yang kau nak? Apa yang kau dapat? Ya, Itulah apa yang saya fikir. Honestly. Saya takut, saya akan menunjuk-nunjuk kemewahan yang saya rasa sedangkan ia milik Allah. Saya takut, kalau apa yang saya luahkan menunjukkan kebodohan diri sedangkan ajaran Islam itu benar dan bijaksana. Saya takut, ilmu yang saya kongsi bukan atas dasar keikhlasan malah merupakan hasutan syaitan yang menghasut untuk mengejar gelaran 'solehah'. Risau kan? Tetapi, saya ambil kerisauan itu sebagai peringatan agar dapat memperbaiki diri sendiri. Kerisauan itu mungkin sahaja sudah menjadi kenyataan, naudzubillahiminzalik dan apa yang saya boleh lakukan seterusnya ialah terus berdoa memohon keampunan serta dikurniakan petunjuk dan hidayah. InsyaAllah. Lagipun, dakwah itu suatu kewajipan buat kita, bukan?

Hadis Rasulullah "Barang siapa di antara kamu menjumpai kemunkaran maka hendaklah ia mencegah dengan tangan (kekuasaan)nya, apabila tidak mampu hendaklah dengan lisannya, dan jika masih belum mampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan (dengan hatinya) itu adalah selemah-lemahnya iman". (Hadis riwayat Muslim)

So, ini merupakan sebab saya berblogging :)

1. Harapan saya, ingin berdakwah mengajak kepada kebaikan. Membawa kepada jalan yang diredhai oleh Allah. Tetapi, apakah daya ilmu masih centek. Maka, apa yang saya pelajari dikongsikan bersama agar peringatan buat diri (in the future) dan juga rakan (andai kata ada yang terbaca blog ini. Eloklah dah alang-alang stalking itu, Allah beri peluang untuk kita dapatkan ilmu yang datang tanpa diundang kan? Allah sayang anda. ) Almaklumlah, kita ini sering lupa. 

2. Fixing my own attitude! Dalam hidup ini, kita menempuhi pelbagai fasa kehidupan. Pastinya, sepanjang fasa menuju kedewasaan, kita ada melakukan kesilapan. Begitu juga dengan saya. Through blogging, I can go back to the past year (not physically, ofcourse) and see if I had been stupid, or so. InsyaAllah , Allah beri peluang buat saya untuk perbetulkan.

semoga apa yang kita pelajari dapat diambil iktibar melaluinya, diamalkan dan disampaikan. InsyaAllah 

This is something interesting for us;


No comments:

Post a Comment