oh hey, saja rajin menaip pula hari ini! ^_^
Lama juga aku tak berceloteh, eh lama kannnnn? Kannn? *memaksa*
Okay, hari ini kita story pasal beberapa minggu yang lepas di mana tahap stress saya pada tahap maksimum. Yeah, MAKSIMUM! Haha. Over je walhal bukannya dahsyat mana pun but seriously, saya amat stress sehingga mengalirkan air mata. Iya lah, terlalu banyak benda yang aku uruskan sampai pada satu saat fuse otak aku tercabut dan aku mengambil keputusan untuk menangis dan akhirnya demam. Beberapa hari kemudian, demam campak pula. Sedih tak? Pada satu minggu yang mendesak, aku tak prep malam sepanjang minggu sebab fokus kepada pertandingan kerjaya yang tak menang pun, aku kena tolong Allegro yang tercinta menguruskan khemah hari sukan (dan akhirnya aku tak tahu apa kesudahan Allegro yang aku tinggalkan tetapi aku percaya diaorang hebat! Yeah, Allegro hebat! ), aku lebih banyak menghadap komputer sampai berdunyut-dunyut (denyut) otak, aku agak risau dengan pelantikan sebagai BADAR oleh kerana amanah yang berat dan..... *ambil nafas* banyak lagi la hal yang mungkin tak perlu diceritakan. The best moment ialah tidur di bilik kaunseling sampai pukul tiga pagi! Hahaha. Umm, tapi esoknya mula lesu bagai nak rak. Namun, pengalaman itu semua adalah bermakna dan saya yakin Allah Maha Mengetahui kerana setiap sesuatu pasti berlaku dengan hikmah yang kita sendiri tidak pasti.
Baiklah, lama tak letak gambar. Umm, rasa bersalah terhadap diri sendiri tapi umm..nak letak juga! Muahaha

No comments:
Post a Comment