Ehhhh? Asal? Apa yang best sangat tu?
Hahaha. Takde apa pun sebenarnya. Aku saja excited....sebab.........YA ALLAH, AKU HIAS BILIK PENGANTIN KUT! Hehe. Itu je lah. Ceritanya macam ni....
Pakcik aku baru nikah. So, the whole family pun kelik kelate lah kan?? *harap maaf cakap bercampur bahasa*. Kitaorang balik a few days before majlis sebelah lelaki. Maka, dimaklumkan bahawa persiapan memang tak buat lagi. Malam sebelum majlis tu family kelantan baru sedia nak hias bilik pengantin. Almaklum lah, tradisional people tak hire special people untuk buat kerja-kerja ni. Kitaorang lebih prefer buat sendiri. Mungkin atas faktor kewangan. Hmmm. Aku pun tak tahu tetapi lantak lah kan? Duit bukan segalanya (kecuali untuk sara kos kehidupan yang semakin memuncak dek perkembangan ekonomi *cewah*) Anyway, aku pun join the others hias bilik pengantin sebab memang fitrah Hanin suka kerja 'designing'. Mula-mula aku tengok je la. Lama-lama tangan pun gatal nak menolong. The makciksss sedang buntu maka diaorang menyerahkan kerja menghias 90% kepada anak sedara yang kerdil dan tidak layak ini. Hiasan bukan bagai nak rak pun.. Sikit-sikit je lah. Barang kain latar semua tu pun guna yang sedia ada kat rumah. Seriously, kain semua tak berjahit tepi. Kami terpaksa kemaskan dengan jarum peniti. Alat yang kami guna cuma peniti, kain, bunga-bunga plastik, cadar for sure and stapler gun! Stapler gun? Haha. Ya lah. Rumah kampung weh.. Stapler je dekat dinding kayu. Kan mudah tu? Anyway, credits to my Kelantan family sebab sanggup layan karenah aku malam tu. Hehe. Malu nak cakap yang aku sangat tak profesional buat kerja menghias satu hari tu. Pengantin belum rasmi katil lagi aku dah puas melompat. My aunt tolong pegang kerusi sebab aku tak sampai nak stapler kain tirai kat dinding tepi katil tapi aku excited sangat sampai terlompat-lompat atas kerusi. Aku takda lah pendek mana, dinding tu yang tinggi melampau =..= Perlakuan seperti beruk yang terkinja-kinja tu memang tak disengajakan. Ia merupakan rasa hati yang terluah. Aku harap katil tak patah la malam nanti. Hehehe. *evil grin*
Inilah hasil tangan Hanin and the makcikss!
SO, SESTARIAN! Siapa nak hire aku untuk wedding kauorang?
No one?
Ceh, takpa lah.. Saya sedar saya siapa..
ps:// Eh, siapa nak tahu? Tradisi perkahwinan di Kelantan, orang yang hadir ke majlis akan memberikan beberapa plastik gula pasir ataupun tin susu pekat manis. Well, orang kelantan manis-manis kan? Eh, tak tak. Maksud aku...orang Kelantan suka manisan kan? So, cuba bayangkan seribu orang yang hadir bawa tiga paket gula dan lima tin susu pekat manis? It's a heaven of sugar!
No comments:
Post a Comment