KENTUT vs SENDAWA =.='
Seperti yang diketahui umum, isu di atas merupakan perkara yang dianggap menjijikkan bagi kaum wanita yang juga bermaksud melibatkan aku sekaligus.. (Erk..okay, seriously..pelik jugaklah bila seorang perempuan seperti aku menegakkan isu ni..hahaha *ketawa sendiri?*) So, kentut dan sendawa ialah lumrah kehidupan manusia bermaksud tiada sesiapa pun di dunia ini yang terlepas daripada ancaman mereka..umm..setakat yang aku tahu lah..ke ada manusia yang tidak berbuat demikian? Sila nyatakan kepada pihak berkuasa kerana anda mungkin berbahaya kepada makhluk yang lain ^_^' hehe
Pelbagai ragam manusia yang kita dapat lihat sepanjang kehidupan ini..dan..kita dapat lihat majoriti lebih menyenangi sendawa berbanding...kennn....ok, malu lah nak cakap.. :3 hewhew ( lol.akukah ini?) Hahaha
Dengan merendah dirinya, aku menyatakan bahawa..erk..aku berada di pihak yang berlawanan. Yea, fine..aku tahu..mungkin pelik dan mungkin juga tidak.aaaargghhh! Lantak aku lah =,= Aku sendiri pun tak tahu kenapa.Kenapa ya?
Inilah kisahnya ;
Tatkala suatu ketika matahari masih tegak di atas kepala dan peluh sudahpun membasahi pipi.. *konon-konon je =,=*
Haha.So, aku dan beberapa sahabat handai yang lain menjamu selera di kantin sekolah seperti hari cuti yang biasanya. Malangnya, aku terpaksa makan berhadapan dengan seorang budak lelaki atas kesulitan tertentu ( which I hate much =,= baru je nak berangan suami aku yang pertama tatap muka aku ketika makan! Wahaha..kesian pula nanti.Terus suami aku tak selera makan. Tak pasal-pasal suami aku yang mengandung. Muntah tengok aku makan dengan rakusnya seperti seekor monster! RAWR! Lol T.T okay, maafkan saya kerana terlanjur bercerita! Hehe ) Back to my story, aku pun okay je lah bila terpaksa menghadap budak yang tak berapa nak hensem ni kan? Okayla..sehinggalah terjadinya kejadian yang tak diingini..BLLLUUUURRRPPP!! What?! Okay, aku masih cool..but then, BLLUUUURRRPPP!! Dan perbuatannya itu berterusan berselangkan dengan setiap suapannya. Aku dah macam...=,= deyy tambi, kau nak makan ke nak buang angin badan kau dohh? *dalam hati je yang mampu* dan tekak aku mula meloya..urgh..aku tak mampu bertahan lama dengan sendawa bagai ni..weh, apa salah aku dengan kau sampai kau seksa aku macam ni? Kesianlah nasi aku yang tak termakan olehku..menangis, tuntut aku di akhirat nanti T.T
( Malangnya, kawan aku yang otaknya dah senget 60 darjah merosakkan reputasi aku dengan mengajar aku sendawa. Lol. Lawan sendawa paling kuat. Terserlah kebodohan. Astaghfirullahalazim.. Percayalah, aku takkan pernah menang pertandingan ni..hahaha )
Next!
Sebaliknya, situasi menangani kentut pula begini..
Barangsiapa yang terkentut depan aku, maka aku akan bertanya,'weh, siapa kentut ni?' =,= mengakulah, dan aku takkan buat apa-apa..gelak sikit tu maybe lah..tidak mengapa, aku faham.. *mood memahami* Akan tetapi, jika ada yang tak mengaku..aku mungkin akan cakap,' Bau...macam bangkai =,=' TROLOLO >.< *gelak guling-guling* But please, jangan lalu depan aku semata-mata nak melepaskan hajat kentut korang pulak! Hahahaha.
JUST SAYING :) semoga terhibur! Jangan salah anggap, jangan terasa. Jangan kentut! Hahaha.main-main jah! Sila sambung kentut anda :P
ps:// aku tergelak sendirian bila tulis part 'bau macam bangkai' membayangkan riak wajah insan tertentu >.<
No comments:
Post a Comment