'Awak, awak.. Kita ni sombong ke?'
' yup.. Dah la bodoh, sombong pula tu'
' ohhh, iya ke? Kalau saya bagi awak makan kaki rasanya saya still sombong ke??'
Muahahaha. Okay, harap maaf. Aku memang dah lama tak pergi klinik untuk ambil ubat. Itu fasal la otak macam senget sikit.Ehh, chill! Aku tak sakit eh? Main-main jerrrrr..itu pun nak gelabah ke derrr? *apahal gedik melampau ni?*
Okay, assalamualaikum diucapkan kepada yang berusaha, encik-encik dan cik-cik muda sekalian.. Berdirinya saya di sini *padahal tengah meniarap* untuk menyampaikan persoalan yang bermain di benak fikiran saya selama ini. Apakah itu sombong dalam istilah anak-anak muda pada zaman yang dilingkari kemodenan ini?
Pada suatu masa, kita kadangkala dikatakan sombong oleh rakan-rakan lama. Kononnya, sebab kita sudah lama tidak menegur dia/mereka. Sedarkah anda bahawa jika anda berfikiran sedemikian, anda memang salah. Pertama, anda juga sombong jika begitu. Kenapa anda tidak pula menegur rakan anda jika sudah rasa terlalu lama? Mungkin sahaja pihak di sana terlalu sibuk dan dia sendiri tidak sedar akan semua ini. Tahukah anda jika dia berlaku sedemikian bersebab yang munasabah? Mungkin dia segan-menyegan badak sumbu ataupun mengalami Amnesia sehingga terlupa untuk menegur anda, kan? Apa pula sebab anda tidak menegur? Anda pun Amnesia ke, cik adik dan cik abang? Kedua, sombongkah dia jika dia mengalu-alukan kehadiran anda di hari-harinya? Kalau sombong, mungkin dia akan hanya membalas 'oh', 'kay', 'huh'. Kalau dia balas panjang lebar macam essay, itu sombong ke? Awak sendiri pun balas dua patah perkataan je. Wajarkah ini berlaku? Wajarkah?! Tolong lah sedar wahai penduduk muka bumi!
=,= oh, apakah ini? Kenapa ayat-ayat aku melampau? Erk...okay, abaikan.
-TAMMAT-
No comments:
Post a Comment