Teacher huda guru kelas sejati,
Membimbing kami setiap hari,
Nasihat diberi banyak sekali,
Agar tersemat di dalam hati.
Rentap hero kami,
Bagaikan syafiq pujaan hati,
Ketua kelas yang disanjungi,
Kelihatan segak setiap hari.
Wan Nur Shafira ratu kami,
Dia pendiam dan baik hati,
Bila menjerit nyaring sekali,
Rentap menjadi kekasih hati.
Shakir dan Aqilah pemimpin kami,
Ayahanda, Bonda gelaran diberi,
Bekas ketua umum sekolah kami,
Bersma pangetua kanan dan kiri,
Wafiy melalak tak tentu tempat,
Buat orang rasa meluat,
Ammar yasir macam ketupat,
Semua makanan habis dirembat.
Hazim dan Badri ‘Best Friend Forever’’
Kemana jua sentiasa bersama,
Luqman kat sini ada dua,
Seorang tinggi,seorang rendah,lansung tak sama.
Konon ‘ustaz’ konon ‘alim’,
Itulah dia fahim aqil,
Pemain rugby namanya Khalim,
Besar kepala amatlah degil.
Budak perempuan lari sana sini,
Kena kacau dengan Syahmi,
Siapa lagi kalau bukan azee,
Bukan setakat azee,aida pun sekali.!
Hazman tidur merata-rata,
Sekali tidur banyak peta,
Syuter bersin bunyi tak kena,
Kata orang niat nak ‘cover’,
Arfah tinggi macam zirafah,
Suara kecil tak kena badan,
Aqila dan ado tak pernah kalah,
Mulut kecoh macam Chef Wan.
Ketua dark legendz jawatan disandang,
Nama ‘famous’ faiz don razor,
Nadia pula Si kanak riang,
Bab mencari publisiti memang terer.
Bila bercakap tak henti-henti,
Itulah dia Qistina Shafee,
Syafaniz shakhawi comel sekali,
Tudung labuh menghiasi diri.
Ain najwa rajin ‘study’,
Tidak pula meninggi diri,
E-jay,hakeem mendiam diri,
Diam-diam ubi berisi.
Hanin syaida nama diberi,
Setiap majlis dialah MC,
Kepala farah susah berdiri,
Bila exam dia terajui.
Bekas ketua Allegro kami,
Namanya Muqhriz Mohd Nazri,
Mengarah drama hebat sekali,
Biarpun jauh tetap dihati.
Andai ada terkasar bahasa,
Harap maaf ampun dipinta,
Habis sudah kami punya cerita,
Harap anda semua suka.
Hasil kreatif,
Pelajar Puteri 2 bougainvillea 2011
No comments:
Post a Comment